KARANGAN STPM
Hutan merupakan anugerah semulajadi yang tidak ternilai.Negara kita merupakan sebuah negara yang kaya dengan hutan semulajadi.Sebenarnya,negara kita memiliki berberapa jenis hutan iaitu hutan tropika,hutan paya dan sebagainya.Pihak kerajaan haruslah berganding bahu bagi memastikan kepentingan hutan terpelihara dan dirawat kerana hutan memberi manfaat kepada setiap kehidupan.Tanpa hutan,kita tidak akan dapat menikmati keindahan panorama yang dapat kita nikmati pada waktu ini.
Antara kepentingan hutan ialah dapat mengekalkan habitat flora dan fauna.Kepelbagaiaan sepesis flora dan fauna di hutan menjadikan ekosistem lebih terkawal.Flora dan fauna merupakan sumber makanan kepada kehidupan kita.Sekiranya flora dan fauna musnah,hidupan haiwan dan tumbuhan akan terhapus.Di samping itu,huta merupakan sumber makanan kepada hidupan liar.Sekiranya haiwan kehilangan sumber makanan,kita juga akan kehilangan makanan kerana sumber protien kita ialah daging binatang yang terdapat dalam hutan.Hal ini kerana,tumbuhan yang terdapat dalam hutan seperti senduduk,pokok kapal terbang dan sebagainya menjadi sumber makanan haiwan.Pokok-pokok hutan menyediakan sumber makanan kepada flora dan fauna.Tanpa habitat yang seimbang,proses tumbesaran pastinya kan terjejas.
selain itu,menjadi kawasan tadahan air.Hutan merupakan sumber air dominan yang kita gunakan dalam rutin harian kita.Sekirannya hutan semakin pupus,kita akan kehilangan kawasan tadahan air.Kwasan hutan bertindak sebagai penadah dan penapis untuk menentukan tahap kejernihan air.Akar pokok juga berfungsi untuk menyerap air.Air akan mengalir ke permukaan sungai-sungai utama.Dengan itu,ia dapat memastikan bekalan air di negara kita tidak terputu sepanjang tahun.Aktiviti pembalakan harus dikawal agar kita tidak kehilangan kawasan tadahan air yang amat berkualiti.Sekiranya kawasan tadahan ini tidak dijaga,ia akan mengakibatkan banjir kilat secara tidak langsung akan mendatangkan bencana kepada manusia.
selanjutnya,menjadi sumber bahan perubatan tradisiona.Kita sering mendengar di kaca televisioan tentang Tongkat Ali dan Kacip Fatimah.Dua herba ini antara beribu jenis tumbuhan yang dapat merawat penyakit melalui perubatan tradisional.Disebabkan khasiatnya yang tinggi,pokok ini mendapat permintaan yang menggalakkan.Tambahan pula,pokok ini selamat digunakan kerana tiada bahan kimia yang berbahaya.Ubat anti-malaria dan kuini kebanyakan daripada tumbuhan hutan tropika yang mengandungi nilai perubatan terutama daropada bahagian batang,akar serta pucuknya.Pemakanan bahan ubat yang dihasilkan daripada tumbuhan yang berbeza mengikut sifat penyakit yang di ubati.Pada orang asli tongkat ali digunakan bahagian kulit akar mengubati demam cacar.
Disamping itu,menjadi sumber pendapatan negara.Hal ini kerana pihak kerajaan menubuhkan kawasan eko-pelancongan.Lazimnya,terdapat air sungai yang mengalir jernih dan air terjun yang menderu.keindaha ini akan menjadi daya tarikan yang mampu memikat hati pengunjunguntuk bertandang ke sini.Misalnya,Taman Negara Pahang amat sesuai bagi pelancong asing mahupun domestik untuk melapangkan fikiran.Kata orang ''jauh perjalanan,luas pemandangan''.Hutan juga dapat menjana pendatan melalui kegiatan eksport kayu-kayan belian yang berharga mendapat pasaran yang tinggi di persada antarabangsa.Sehubungan itu,hutan telah membantu negara meningkatkan pembangunan negara ke arah kemajuan supaya negara dapat berdiri sama tinggi dengan negara lain.
Seterusnya, dapat mengekalkan tempat perlindungan orang asli.Dengan pelbagai tumbuhan semula jadi di hutan, mereka dapat menyara kehidupan mereka sejak beribu-ribu tahaun dahulu.Kegiatan mereka bergantung dengan hutan.Mereka memburu bukan sahaja untuk mendapatkan sumber makanan,tetapi untuk mendapatkan pakaian dan tempat perlindungan untuk mereka.Contohnya,kumpulan etnik Bidayu sarawak.Hutan adalah sumber pendapatan seharian mereka.Kebanyakam barang keluaran hutan seperti herba,sarang burung dan keladi dikumpulkan oleh mereka untuk dijual dipasaran sebagai sumber pendapatan mereka.
Kesimpulanya,semua pihak haruslah berganding bahu dalam memastikan pemeliharaan dan pemuliharaan hutan.Hargailah hutan kerana ianya merupakan khazanah yang amat bernilai.Oleh sebab itu,kita mestilah bersyukur kerana dilahirkan di sebuah negara yang kaya dengan hutan dan dikelilingi dengan hutan malar hijau.Marilah kita memelihara hutan di negara ini sebelum terlambat kerana sesal dahulu pendapatan,sesal kemudian tiada gunanya lagi .